Post

Kehidupan

Untuk segment kali ni ak postkan lirik nasyid drpd in team bertajuk kehidupan... lagu ini membuatkan ak sedar bahawa inilah kehidupan... kalau kwn2 hayati lirik nasyid ini ia membuatkan kita sedar bahawa ssh,senang,sakit,derita dan sebagainya adalah ujian drpd allah.

Kesenangan yang datang tak akan selamanya,
begitula selepas susah ada kesenangan,
seperti selepas malam datangnya siang,
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan..

Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
sebelum segalanya terlepas dari genggaman,
kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
apa guna sesalan hanya menekan jiwa..

Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..

Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita akan sama ataupun sebaliknya,
kesenangan yg datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..

Kalau dihayati betul2 lagu ni mmg beerti...

"Kadang-kadang allah hilangkan sekejap matahari kemudian dye datangkan pula guruh & kilat. Puas Kita mencari dimana matahari rupanya allah nk hadiahkan pelangi yang indah"


Followers